Thursday 29 November 2012

Refleksi minggu kesepuluh

Assalamuaaikum....

                   Pada minggu ini Puan Nor Hafizah tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat. Dr Siti Fatimah telah mengambil alih kelas kami dan menggabungkan kami dengan kumpulan S1K3.

                  Dr Siti telah memberi serba sedikit penerangan kepada kami tentang 2D Graphic Editing Software. Maksud 2D grafic editing ialah generasi yang berasaskan komputer digital imej kebanyakannya dari dua dimensi model (seperti model geometri 2D, teks, dan imej digital) dan dengan teknik yang khusus kepada mereka. Perkataan boleh berdiri untuk cawangan sains komputer yang terdiri daripada teknik seperti, atau untuk model itu sendiri. 

                Setelah diberi penerangan kami diminta untuk meneroka sendiri cara untuk menggunakan perisian 2D ini. Terdapat beberapa jenis perisian 2D iaitu :



·         Microsoft Paint  / Paint Brush
·         Shapes/smart Art PowerPoint
·         GIMP  (OSS)
·         Online – google draw (collaborative drawing)
·          OpenOffice Draw (OSS)

                   Setakat itu sahaja kelas kami pada minggu ini. Diharapkan PUan Nor Hafizah cepat sembuh dan dapat menerangkan lebih lanjut kepada kami tentang tajuk ini. Jumpa lagi minggu hadapan.










Wednesday 21 November 2012

Refleksi minggu kesembilan

Assalamualaikum kawan-kawan.

           Pada minggu ini kami kami diberi penerangan tentang SPSS. Kami perlu menukarkan survey yang kami lakukan kedalam bentuk data atau analisis. Puan Nor Hafizah memberikan peneragan tentang cara untuk menngunakan SPSS ini. Pembelajaran ini dapat dimanfaatkan pada masa hadapan untuk menganalisis data. Aplikasi SPSS ini juga dapat digunakan dalam alam pekerjaan kelak.SPSS?anda tahu apa itu SPSS?ok la,jom kita berkenalan dengan SPSS.

     
     SPSS merupakan software statistik yang pada awalnya digunakan untuk riset
dibidang sosial (SPSS saat itu adalah singkatan dari Statistical Package for the Social
Science). Sejalan dengan perkembangan  SPSS digunakan untuk melayani berbagai
jenis user sehingga sekarang SPSS singkatan  dari Statistical Product and Service
Solutions.
   
     selain itu,SPSS juga dikenali sebagai Statistik SPSS iaitu pakej perisian yang digunakan bagi analisis perangkaan. Ia kini secara rasmi dinamakan "IBM SPSS Statistik". Produk Companion dalam keluarga yang sama digunakan untuk mengarang ukur dan penempatan (IBM SPSS Data Collection), perlombongan data (IBM SPSS Pemodel), analisis teks, dan kerjasama dan penempatan (kelompok dan perkhidmatan pemarkahan automatik).

      Untuk menggunakan perisian ini korang perlu mempunyai perisian SPSS.perisian ini perlu di download dan install dalam komputer korang.saya dan kawan-kawan saya meminta pertolongan dari En Mansor iaitu juru teknik makmal komputer untuk install perisian ini. Terima kasih En Mansor....:)

       ok,sekarang saya akan kongsi dengan korang cara nak guna SPSS ni.


1) korang pergi kat perisian SPSS yang korang dah install dalam laptop korang dan klik kat situ.


2) skrin akan keluar macam ni klik kat variable view.
variable view digunakan untuk mengisi data yang kita kumpul.
tulis soalan data kat kolum name dan pilih jenis jawapan kat type.jenis-jenis type ad kat dalam kotak tu.



3) untuk melihat data yang digunakan klik kat data view dan keluar macam gambar kat atas nih.


4) untuk melihat hasil daripada data yang dikumpul klik pada analyze --> descriptive satistics --->frequencies. 
korang boleh pilih sama ada korang nak tgak hasil survey korang tu dalam bentuk apa yang korang nak.contohnya dalam bentuk statistik ataupun dalam bentuk carta.terdapat 3 bentuk carta yang dapat dipih seperti carta pai,carta bar dan histogram.


hasil data bentuk frekuensi

       


hasil data dari carta bar 


  
hasil data bentuk carta pai



hasil data bentuk histogram

5) inilah hasil data-data yang kami kumpul dan telah kami tukar dalam bentuk carta yang ebih mudah untuk dianalisis.

           Tugasan yang diberikan oleh saya dan ahli kumpulan saya telah selesai.kawan-kawan macam mana?diharapkan penerangan yang saya berikan ni dapat memberi manfaat kepada semua.bersama-samalah kita berjuang untuk menuntut ilmu tanpa rasa jemu hingga ke nafas yag terakhir.

           haa...ny satu lagi tugasan kami....kajian mini tentang perisian sumber terbuka...https://www.dropbox.com/sh/kbmzx62g8op58qk/6iFRxux_8s/MINI%20RESEARCH%20OSS.docx


jumpa lagi........:)




Tuesday 6 November 2012

Refleksi minggu kelapan

Assalamualaikum......



Apa khabar kawan-kawan semua?alhamdulillah...kehadiran kelas kami penuh pada minggu ini.Kawan-kawan nampak bersemangat pada minggu ini mungkin sebab baru lepas cuti kan.Pada minggu ini kami ditugaskan untuk membentangkan hasil kerja kami semua.

Kumpulan kami membentangkan tajuk kami iaitu OPEN SOURCE SOFTWARE atau PERISIAN SUMBER TERBUKA dengan jayanya.Diharapkan kawan-kawan semua mendapat manfaat daripada hasil pembentangan kami.Diharapkan Puan Nor Hafizah turut berpuas hati dengan pembentangan kami.

Selepas kumpulan kami kumpulan yang lain meneruskan pembentangan masing-masing.Kawan-kawan saya dapat memberi penerangan yang baik dan saya dapat faham dengan penerangan mereka.Sebelum kelas berakhir kami diminta oleh Puan Nor Hafizah untuk mencari maklumat tentang SPSS untuk pembelajaran pada minggu hadapan.

Setakat itu sahaja yang dapat saya tulis pada minggu ini.Jumpa lagi minggu hadapan....:)