Saturday 22 September 2012

Minggu kedua...:)

Assalamualikum dan hai semua......:)

Bertemu kembali kita.Seperti anda semua tahu ini adalah rifleksi untuk minggu yang kedua.Pada setiap minggu saya serta kawan-kawan saya amat teruja untuk ke kelas Komputer dalam Pendidikan ini kerana ingin mempelajari lebih bnyak lagi ilmu ICT.

Pada minggu ini tugasan yang diberikan pada kami agak sukar kerana tugasan pertama kami ialah untuk membincangkan tentang perbezaan menghantar email menggunakan Yahoo group dengan menghantar email melaui yahoo messenger yang biasa.Kami perlu mencari perbezaan diantara kedua-duanya.Terdapat banyak perbezaannya.Kalau nk tahu tentang perbincangan kami silalah ke link ini ----> https://www.facebook.com/groups/217584561703611/.

Selain itu,kami turut diperkenalkan dengan DROPBOX.Apa itu dropbox????Dropbox adalah medium penyimpanan yang disediakan oleh Evenflow, Inc. Layanan ini memudahkan pengguna untuk menyimpan gambar dan file secara online antara komputer. Dropbox juga memiliki aplikasi Dropbox client yang bersifat cross platform, sehingga memudahkan pengguna untuk menyimpan file ke folder Dropbox dan disimpan ke account Dropbox user di Internet.Dropbox menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2GB secara percuma.dropbox juga medium penyimpan yang selamat.Boleh digunakan di telefon bimbit,komputer mahupun laptop. 


terdapat banyak kelebihan menggunakan dropbox.Jika anda ingin mencuba untuk menggunakannya bolehlah download dan daftar disini---->https://www.dropbox.com/referrals/NTc3OTU3NzQ4OQ?src=referrals_fb_post9

Itu sahaja buat masa ini.terima kasih...
Jumpa lagi...................:)

Minggu pertama. :)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia....


       Ini merupakan rifleksi minggu pertama saya.Pada minggu pertama kelas Komputer dalam Pendidikan kami telah diberi taklimat serba sedikit tentang kursus ini oleh Dr Siti Fatimah dan kami turut  dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Saya ditempatkan dalam kumpulan S1K4.

Tugasan yang diberikan kepada kami pada minggu ini ialah:
1-membuka akaun Yahoo.
2-membuka akaun Google.
3-menyertai Yahoo Group bagi sesi 2012/2013.
4-menubuhkan Yahoo Group kami sendiri.
5-membuka akaun Facebook.
6-menubuhkan group dalam akaun Facebook.
7-membuat blog.

       Tugasan yang diberikan agak banyak dan pada mulanya amat memeningkan saya serta kawan saya yang lain.Tetapi dengan bimbingan Pn.Nor Hafizah iaitu tutor bagi kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan mudah.Kami juga diminta untuk membuka akaun-akaun ini menggunakan nama asal dan formal kerana ia bertujuan untuk memudahkan kami berurusan secara formal dengan pihak-pihak atasan.Bagi akaun email kami perlu membuat signature untuk memudahkan Dr mengakses masuk kedalam setiap akaun-akaun kami.Pada mulanya kami agak keliru kerana formatnya kerap ditukar tetapi Alhamdulillah kami berjaya memenuhi kehendak Dr Fatimah.Tujuan kami diberi tugasan untuk membuat blog pula adalah untuk kami menceritakan rifleksi pembelajaran sepanjang kursus ini setiap minggu.

       saya sebenarnya masih terlalu cetek dalam ICT kerana inilah pertama kali saya mengetahui tentang Yahoo Group dan pengalaman pertama saya membuat blog.Saya tidak pernah bayangkan saya mempunyai blog sendiri.Akhirnya,melalui kursus Komputer dalam Pendidikan ini saya dapat belajar cara membuat blog dan saya masih lagi meneroka untuk mempertingkatkan lagi kemahiran saya. 

       Rasanya setakat ini sahajalah yang dapat saya tulis dalam rifleksi bagi minggu pertama ini.Saya amat bertuah kerana dapat mengikuti kursus ini dan saya berharap dapat mengetahui dan meneroka lebih banyak lagi ilmu tentang bidang ICT ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk meninjau blog saya.
Jumpa lagi dalam rifleksi minggu kedua........:)