Assalamualaikum dan salam satu Malaysia....
Ini merupakan rifleksi minggu pertama saya.Pada minggu pertama kelas Komputer dalam Pendidikan kami telah diberi taklimat serba sedikit tentang kursus ini oleh Dr Siti Fatimah dan kami turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Saya ditempatkan dalam kumpulan S1K4.
Tugasan yang diberikan kepada kami pada minggu ini ialah:
1-membuka akaun Yahoo.
2-membuka akaun Google.
3-menyertai Yahoo Group bagi sesi 2012/2013.
4-menubuhkan Yahoo Group kami sendiri.
5-membuka akaun Facebook.
6-menubuhkan group dalam akaun Facebook.
7-membuat blog.
Tugasan yang diberikan agak banyak dan pada mulanya amat memeningkan saya serta kawan saya yang lain.Tetapi dengan bimbingan Pn.Nor Hafizah iaitu tutor bagi kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan mudah.Kami juga diminta untuk membuka akaun-akaun ini menggunakan nama asal dan formal kerana ia bertujuan untuk memudahkan kami berurusan secara formal dengan pihak-pihak atasan.Bagi akaun email kami perlu membuat signature untuk memudahkan Dr mengakses masuk kedalam setiap akaun-akaun kami.Pada mulanya kami agak keliru kerana formatnya kerap ditukar tetapi Alhamdulillah kami berjaya memenuhi kehendak Dr Fatimah.Tujuan kami diberi tugasan untuk membuat blog pula adalah untuk kami menceritakan rifleksi pembelajaran sepanjang kursus ini setiap minggu.
saya sebenarnya masih terlalu cetek dalam ICT kerana inilah pertama kali saya mengetahui tentang Yahoo Group dan pengalaman pertama saya membuat blog.Saya tidak pernah bayangkan saya mempunyai blog sendiri.Akhirnya,melalui kursus Komputer dalam Pendidikan ini saya dapat belajar cara membuat blog dan saya masih lagi meneroka untuk mempertingkatkan lagi kemahiran saya.
Rasanya setakat ini sahajalah yang dapat saya tulis dalam rifleksi bagi minggu pertama ini.Saya amat bertuah kerana dapat mengikuti kursus ini dan saya berharap dapat mengetahui dan meneroka lebih banyak lagi ilmu tentang bidang ICT ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk meninjau blog saya.
Jumpa lagi dalam rifleksi minggu kedua........:)
No comments:
Post a Comment