Tuesday, 9 October 2012

refleksi minggu keempat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk meninjau blog saya.Pada minggu keempat ini kami diberi pendedahan dan diperkenalkan kepada sumber ilmiah dan kami diterangkan tentang GOOGLE SCHOLAR.


Walau bagaimanapun,google scholar mempunyai sumber yang terhad dalam pencarian sumber ilmiah dan kami telah diajar oleh Puan Hafizah untuk mencari sumber ilmiah yang lebih banyak dengan menggunakan sumber melalui perpustakaan tun sri lanang di ukm secara online tanpa perlu ke PTSL.

berikut adalah cara-cara untuk menggunakannya :

1.buka enjin carian http://ewarga.ukm.my/ewarga/ ukm.
2.scroll ke bawah dan klik pada kotak perpustakaan di sebelah kiri.
3.log in kat Ejournal Portal (masukkkan no matrik dan password anda)
4.seterusnya,cari http://search.proquest.com/index.


5.setelah itu anda boleh mencari tajuk jurnal atau sumber ilmiah tersebut.


Mudah kan???selamat mencuba ye...
Saya telah menggunakannya dan cara ini memudahkan saya.

Setelah kami diberi penerangan kami telah diberi tugasan dalam kumpulan.Kumpulan kami mendapat tajuk OPEN SOURCE SOFTWARE.kami perlu mencari maklumat tentang tajuk ini melalui google scholar dan laman online PTSL.Terdapat 5 elemen W dan 1 elemen H iaitu what,when,where,who,why dan how.Puan Nor Hafizah telah menyuruh kami mencari bahan rujukan yang sah kerana rujukan yang sah amat penting dalam penulisan ilmiah.Penulisan kami juga perlu mengikut GAYA UKM.

Kesimpulannya,pembelajaran saya pada minggu ini amat memberi manfaat kerana banyak perkara yang saya dapat belajar dan boleh mengaplikasikannya dalam menyiapkan segala tugasan.Dengan cara ini saya dapat mencari bahan ilmiah yang sah untuk tugasan saya pada masa akan datang.Diharapkan kawan-kawan semua dapat mengaplikasinnya juga.

jumpa lagi minggu hadapan.............:)

No comments:

Post a Comment