Tuesday, 2 October 2012

Refleksi minggu ketiga...CMS dan LMS...:)

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia......

Ini merupakan refleksi minggu ketiga saya bagi kursus Komputer dalam Pendidikan.Pada minggu ketiga ini kami perlu mengkaji dan mencari maklumat tentang content management system (CMS) dan learning management system (LMS).Banyak maklumat yang dapat kami perolehi melalui hasil pembacaan dan penerangan yang diberikan oleh Puan Norhafizah kepada kami.Berikut adalah maklumat yang saya dapat kongsikan dengan anda semua tentang CMS dan LMS :

APA ITU CMS DAN LMS?
Sistem pengurusan kandungan (Bahasa Inggeriscontent management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web.

LMS merupakan sistem untuk menguruskan rekod latihan dan pendidikan, peranti lunaknya untuk mengedarkan program melalui internet dengan ciri-ciri untuk kerjasama secara'' online''. Dalam latihan korporat, LMS biasanya digunakan untuk mengotomatisasi pencatatan dan pendaftaran pekerja. Dimensi untuk belajar sistem pengurusan meliputi'' Students self-service'' (misalnya, pendaftaran mandiri yang dipimpin jurulatih latihan), latihan alur kerja (misalnya, notis pengguna, persetujuan pengurus, senarai tunggu pengurusan), penyediaan pembelajaran'' online'' ( misalnya, latihan berasaskan komputer, membaca & memahami), kadar'' online'', pengurusan pendidikan profesional berterusan (CPE), pembelajaran kolaboratif (misalnya, berkongsi aplikasi, perbincangan), dan latihan pengurusan sumber (misalnya, pengajar, kemudahan, peralatan ). LMS juga digunakan oleh peraturan industri (misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan pematuhan. Mereka juga digunakan oleh institusi pendidikan untuk meningkatkan dan menyokong program pengajaran di kelas dan menawarkan kursus untuk populasi yang lebih besar iaitu seluruh dunia. Beberapa pembekal LMS termasuk "sistem pengurusan prestasi" meliputi kadar pekerja, pengurusan kompetensi, analisis kemahiran, perancangan suksesi, dan kadar'' multi-rater'' (misalnya, ulasan 360 darjah). Teknik moden sekarang menggunakan pembelajaran berasaskan kompetensi untuk mencari jurang belajar dan panduan materi pemilihan latihan.

CIRI-CIRI CMS DAN LMS.

Sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan:
  • Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
  • Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
  • Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
  • Mentakrifkan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat diberitahu tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan.

Ciri-ciri ciri-ciri yang tersedia untuk LMS Syarikat dan Institusi Pendidikan tersebut adalah:
  • Menguruskan user, role, courses, instructor, facility, dan membuat report.
  • Course calendar
  • Learning Path
  • User Messaging dan notification
  • Assesment dan testing yang dilakukan sebelum atau selepas pembelajaran (Pre-test dan Post-test).
  • Memaparkan nilai (score), dan transkrip.
  • Course yang disusun mengikut grade
  • Penyajian yang berasaskan web, sehingga boleh diakses dengan web browser.

OPEN SOURCE UNTUK CMS DAN LMS.
                                                                      CMS
  • Blok - Blok ialah pautan kepada satu seksyen dalam laman web. Blok selalunya dapat dilihat di semua laman dalam web atau hanya di halaman utama.
  • Modul - Kandungan modul ialah sebuah seksyen dalam laman web, contohnya sebuah koleksi artikel-artikel berita, seksyen soalan-soalan lazim (FAQ), dan sebagainya. Sesetengah sistem kandungan maklumat juga mempunyai modul-modul istimewa contohnya modul sistem dan pentadbiran.
  • Tema - Sebuah tema mengawal reka bentuk setiap laman dalam laman web. Contohnya mengawal reka bentuk warna dan aksara laman.

                                                                       LMS
Beberapa LMS yang berlesen open source adalah sebagai berikut:
dan masih banyak lagi.

Kesimpulannya,LMS dan CMS kebanyakkannya digunakan oleh pelajar terutamanya mahasiswa dan mahasiswi.CMS dan LMS banyak membantu dan mencepatkan proses pembelajaran mereka.

Setakat ini sahaja refleksi saya untuk minggu ini.Diharapkan maklumat yang saya berikan ini dapat dikongsi oleh anda semua.

Terima kasih....:)

No comments:

Post a Comment