Senyap je kelas minggu ni...Mana pergi semua orang??oohh,semua dah balik kampung ye.Semua orang dh tak sabar untuk balik ke kampung masing-masing sempena hari raya aidiladha ni dan tidak kurang ramainya pelajar kelas ni dah balik disebabkan itulah pelajar kelas kami pada minggu ini hanya tinggal 9 orang je.Apa-apa pun semoga kawan-kawan selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Pada minggu ini kelas kami tetap berjalan seperti biasa walaupun ramai antara kami yang tidak hadir ke kelas.Puan Hafizah mengarahkan kami meneruskan tugasan kami pada minggu lepas iaitu tugasan berkenaan survey kami yang menggunakan surveymonkey dan google docs.Selain itu,Puan Hafizah juga mahu kami pastikan bahawa survey kami mendapat respon dari rakan-rakan yang lain.Kami boleh menghantar survey kami melalui YAHOO MAIL,FACEBOOK dan GOOGLE MAILKami juga perlu mencari responden seramai yang boleh dan untuk lebih baik responden kami tidak hanya tertumpu pada kawan-kawan dari kursus yang sama.Alhamdulillah,respon yang kami terima amat memuaskan.Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjawab survey kami...:)
Setelah selesai kami diminta untuk mencari maklumat tentang SPSS.
apa itu SPSS??saya pun masih kurang jelas dengan SPSS ini.Puan Hafizah akan menerangkan kepada kami tentang SPSS dengan lebih lengkap pada minggu hadapan.Selain itu,tugasan kami pada minggu hadapan juga ialah kami perlu menyediakan slideshow untuk membentangkan tugasan kami iaitu "OPEN SOURCE SOFTWARE".Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut tentang SPSS dan nak tengok hasil pembentangan kami tunggu refleksi saya pada minggu hadapan ye.
Sebelum saya berhenti menulis,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam dan tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian...
No comments:
Post a Comment