Sunday, 21 October 2012

Refleksi minggu keenam

Assalamualikum dan salam sejahtera semua........

Alhamdulillah berjumpa lagi kita minggu ini.Pada minggu ini kami telah diperkenalkan kepada satu lagi benda baru oleh Puan Nor Hafizah.Kawan-kawan nk tahu tak ape yang kami belajar???kalau nak tahu teruskan membaca ye...
SurveyMonkey?kawan-kawan tahu apa itu survey monkey mesti tak tahu kan??ok biar saya jelaskan..

SurveyMonkey ialah Perkhidmatan yang memudahkan seorang individu atau pun organisasi untuk mengedarkan borang secara online, mengumpulkan hasilnya sekaligus mendapatkan hasil analisa sederhana. Percuma untuk perkhidmatan basic, berbayar untuk perkhidmatan premiumnya.

Perkhidmatan kajian seperti ini membantu mereka yang sedang mengerjakan thesis, syarikat yang mengumpul maklumat dari pengguna, organisasi yang meninginkan input untuk penambahbaikan.
kawan-kawan apa tnggu lagi jom teroka surveyMonkey.mudah je tekan link kt bawah nih..

                                 http://www.surveymonkey.com




langkah 1 : daftar secara percuma.



langkah 2 : isi maklumat yang diperlukan.


langkah 3 : tekan pada "create survey"


langkah 4 : -tulis tajuk kajian anda pada kotak 'title'.
-pilih kategori.
-klik pada kotak 'continue'


langkah 5: pilih tema yang anda suka.
anda boleh mula tulis soalan-soalan survey anda.



langkah 6 : anda boleh copy link tersebut dan share kepada kawan-kawan yang lain untuk mendapatkan respon mereka terhadap survey anda.

Selamat mencuba ok.Caranya memang mudah.Bagi surveyMonkey hanya 10 soalan sahaja percuma jika lebih anda perlu mengupgrade perisian ini dan perlu membeli perisian tersebut.



haa,ni saya sediakan contoh survey kumpulan kami sila la jawab ye....



Perisian kedua yang diperkenalkan pada kami ialah...

google docs mengandungi Google Drive iaitu perkhidmatan simpanan dalam talian milik Google yang dilancarkan pada 24 April 2012. Perkhidmatan ini merupakan sambungan dari Google Docs dan akan menukar URL docs.google.com dengan drive.google.com selepas diaktifkan.google.Google drive memberikan perkhidmatan simpanan percuma sebanyak 5 GB dan boleh ditambah dengan bayaran tertentu.mempunyai persamaan dengan dropbox. GDrive memberikan kapasiti percuma sebanyak 5 GB dan tentunya ciri-ciri yang terintegrasi dengan perkhidmatan Google yang lain seperti: Gmail, G+ dan Google Search.

survey juga boleh dilakukan menggunakan google docs survey.berikut merupakan langkah-langkah menggunakannya.selamat mencuba...sila tekan link kat bawah.



langkah 1: klik kotak 'create'


langkah 2 : klik pada kotak 'form'


langkah 3 : tulis soalan,pilih jenis soalan
dan tekan dan 'done'
-untuk tambah soalan tekan pada kotak 'add item'

Google docs drive survey lebih mudah berbanding surveyMonkey.Perisian ini juga tidak mempunyai had bagi jumlah soalan.

berikut survey kami menggunakan google docs drive.sila la jawab ye. http://www.surveymonkey.com/s/DRYRZYD

Kesimpulannya,surveyMonkey dan Google docs dapat memudahkan untuk membuat tinjauan tentang sesuatu perkara.Namun,aplikasi-aplikasi ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya terpulang pada kita sendiri untuk membezakannya.
.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis pada minggu ini diharapkan dapat memberi manfaat.

Assalamualaikum....jumpa lagi.....:)

No comments:

Post a Comment